Wednesday, February 16, 2011

Koleksi Kata-Kata Hikmah & Pujangga

  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
  • “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
  • Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
  • Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
  • Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
  • Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
  • Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir
  • Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi
  • Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan”
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
  • Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
  • Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
  • Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya
  • Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
  • Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
  • Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.
  • Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya
  • Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
  • Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
  • Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan
  • Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  • Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
  • Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
  • "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
  • "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
  • Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
  • Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan.
  • Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
  • Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
  • Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
  • Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
  • Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
  • Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
  • Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
  • Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
  • Kekitaan yang erat tiada yang berat.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
  • Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
  • Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
  • Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
  • Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.





MARI BELAJAR BAHASA PERAK

Untuk Gantinama:

teman = saya
mike = awak
kamu=awak
mengkema =engkau orang(ramai)
kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua
kume=kami
keme=saya (bacha dengan E tanda diatas)
yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya
Yong = bagi memanggil permpuan yg kita tak tau nama nya.
kedua dua gelaran ini juga digunakan didalam keluarga.
Pah/Opah = Nenek
Tok = datuk
Enda = panggilan ibu yang biasa dipanggil oleh anak2 sadah di Perak.....tak semua
Tok Enda = panggilan nenek ;;



Kebanyakkan hujung ING tinggal IN saja

Kambing = kambin
kuching = kucin
lembing = lembin
daching = dachin
cacing = cacin
guling = gulin
pusing = pusin
bising = bisin

kebanyakkan akhiran IR diganti dengan IO, AR diganti dengan O
Acar = aco
air = ayo
Ajar = ajo
akar = ako
asar = aso
fikir =pikio
pasir =pashio
putar = puto..........ada ungkapan orang marah.....puto dek hawa taun lah kamu..makna nya biar kamu
kena taun
kikir=kikio
cicir = cicio
kafir=kapio
lendir lendio
hanyir= hanyio
bibir =bibio.................tapi kalau bebio dah jadi cacing halus seperti hampas kelapa selalu kedapatan
pada dubur kanak kanak
biar=bio...........sebab itu ada kata kata orang tua bebio kalu di bio naik kemata buta
makna nya sakit cacaing pada bebudak ne tak bleh di biar kan begitu saja tanpa diubati
kerana kalau sudah sampai naik kemata boleh mengakibatkan buta.

bakar=bako
belukar=beluko
tikar =tiko
seluar=seluo
ular =ulo
sambar=sambo
selimbar selimbo
takar=tako
besar=beso.........itu chik beso maknanya encik besar..panggilan kepada abang sulong dalam sesetengah
keluarga sadah diPerak (mungkin tak semua mengamal nya)
anak ana saudaranya pula akan memenggil Ayah Beso.

chegar=chego (batu bulat lonjong didalam sungai ).

itu yang ada nama kampong Chego Galah (Chegar Galah) di Kuala Kangsar penempatan
keluarga sadah di Hulu Perak selain di sebelah hilirnya di kampung Pulau Pisang di daerah
Parit.

zikrr = jikio


PERKARTAAN2 LAIN

ate = habis tu (penyedap cakap)
biole = biar lah
belontok = macamikan haruan berbintik cokelat
bujuk = ikan haruan
bolen = telanjang bulat
cucor pisang = cekodok pisang
cucor bawang = cekodok tepung campur bawang
cucor = jirus
cabuk = berkudis buruk........cth orang marah..cabuk le kaki kamu.....makna nya biar kaki kamu tu
berkudis teruk
tumpo = mati (bahasa kasar)

pegho = sampan
cebok = alat mencedok air
bebeno = sungguh/sangat cth budak ne jahat bebeno
nyor = kelapa
biut = degil
begholoh = tidor
tak sio = tak mahu
teghoyak = menangis
bedeah = tipu/menipu
piat = pulas.....cth aku piat telinga tu karang.
petia = perhati
bedek(membedek) = belek (membelek)
kela = gaduh
berkela = bergaduk
kayo = pergi buang air
kayo beso =berak
kayo kecik = kencing
yangat = kopi atau teh panas.
tepek = lempeng
jamban = selain makna biasa.......nama bagi pelantar atau rakit tampat mandi di sungai Perak biasanya
dibuat dari batang balak.
kulu = kehulu
kelio = kehilir
kedarat = hala menjauhi sangai
kebaroh = hala kesungai
Tebin = tepi sungai
telio = teringin
buah kanto = buah enau
koi = kueh
kek = cake
cekelat = gula gula
kopek = tetek
kutey = cubit halus
kutei = dah lama
nohen = buat dek jer...
kodak/kekodak = lebihan/serbuk kueh.........umpama orang bertanya banyak ke lagi kueh raya
jawabnya tinggei kekodak tong aje.......

ngekek = ketawa terbahak bahak
ngonyam = gatei (berkaitan lelaki/perempuan)
seniat = pukul........dengan lidi umpamanya.
sidang = berhenti.......pada hujan
samo = warna merah jambu
geduak = kerdas
getik = benci
amra = kedondong
meghenin = berkilat
nganto = sejenis permainan anak muda dibulan puasa dekat dekat nak raya ketika ibu sibuk buat kueh deme
akan ambil beberapa jenis kueh buboh dalam pinggan umpamanya dihantar secara senyap senyap
kerumah kawan di letak atas tangga umpamanya kemudian diletupkan mercun bagi tau isi rumah
ahli keluarga rumah itu akan keluar dan mengejar si penghantar jika dapat mukanya akan dilumur
dengan bedak atau arang tapi no hard ffeeling kerana ini seronok seronok dan tuan rumah yang
menerima kueh itu akan makan seisi keluarga . Tetapi permainan ini sudah hampir pupus melainkan
di kampung 2 pedalaman.

melantak = kuat makan
megholoh = kuat tidor
hambo tebo = bersepah/berselerak
R yang diawal atau tengah perkataaan di ganti drngan GH

rumah = ghumah
orang = oghang
kerja = keghoje
memburu = menbughu
resah = ghesah
rosak =ghosak
ribu = ghibu

Ada beberapa perkataan oghang puteh oleh orang tetue di perakkan
bob = buku
belen = baki
merket = pasar
bot =bot

Tentang duit
1 sen = seduit
5 sen = 5 duit
10 sen = sekupang
15 sen = 15 duit
20 sen= 2kupang
25 sen = dua kupang 5 duit
setersnya hingga
90 sen =sembilan kupang
95 sen = sembilan kupang lima duit
seringgit = seringgit
RM1.25 = seringgit suku
RM1.50 = tenghah dua ringgit