Wednesday, July 1, 2009

PENGAKUAN NGERI SEORANG BEKAS MAT REMPIT

SEWAKTU membuat siasatan eksklusif tentang mat rempit baru-baru ini,wartawan Majalah Preng-Preng,JemanKenzaki telah menemu bual seorang bekas mat rempit. Di bawah adalah pengakuan sebenar Mat Jengkuang(bukan nama sebenar), bekas mat rempit itu, tentang kenapa dia meninggalkan dunia rempi buat selama-lamanya.

KISAH PERTAMA : Waktu itu aku berada di Jelutong. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku ni pulak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik moto kapcai.Dia pun kaki rempit jugak macam aku. Kita orang selit sana selit sini, wheely sana, wheely sini.
Sampai satu tempat dia mencelah antara dua kereta.Motor lepas, dia lepas, tapi dua-dua lutut aku tak lepas. Kedebuk, aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang. Semua orang tengok aku! Cinabeng, macam sami Buddha duduk sorang-sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan.
Lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak putus urat merih dia. Sioot.....malu aku,maluuu....

KISAH KEDUA : Hari tu aku tumpang member serempit naik motor pergi town. Sampai kat traffic light dia pun berhenti. Entah apa angin, masa tulah aku teringat nak isap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit, seluk poket nak ambil lighter dalam poket seluar.
Tapi waktu tulah jugak lampu bertukar menjadi hijau. Kawan aku terus wheely meninggalkan aku yang tengah berdiri berjingkit nak ambil lighter dalam seluar.
Phuiiii.... satu bandar orang nampak aku berdiri terkangkang sorang-sorang kat lampu isyarat!!!Macam apa entah?? Nasib baik aku tak kena lenyek dengan lori kat belakang aku.

KISAH KETIGA : Ni kisah lama sikit, waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat-cepat aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kira hebatlah tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat, tapi nak mengurat.
Waktu tu awek-awek sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. Waktu tulah jugak aku nak menayang betapa machonya aku. Ada motorlah katakan.
Tapi pada hari tu kejadian yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul-betul sampai depan awek-awek tu, aku boleh tak perasan ada lubang besar. Motor aku pun terlanggar lubang tu, nasib baik tak tergolek dog.
Aku memanglah tak jatuh, tapi ekzos motor ayah aku tu terjatuh. Maka dengan itu bunyinya meletup-letup mengalahkan helikopter. Satu Malaya dengar!! Aku rasa macam nak masuk lubang jamban aja waktu tu. nak ditinggalkan ekzos tu, takut ayah aku marah. Nak ambil, malu.
Tapi aku lagi takut ayah aku. Terpaksalah aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzos tu. Puhhh, panas bukan main. Lepas tu aku tolaklah motor sampai rumah. Aweks-awek tu semua ketawakan aku.
Jadi aku nasihat pada pembaca
Majalah Preng-Preng semua, janganlah jadi mat rempit, jangan bersubahat dengan mat rempit dan jangan sekali-kali simpan cita-cita nak jadi mat rempit. Daripada kau orang jadi mat rempit, lebih baiklah kau orang tolong emak kau orang jual kuih karipap. Kuang....Kuang....Kuang!!!!

-tammat-

0 comments: