Tuesday, June 30, 2009

NASIHAT

AHMAD seorang peguam, bertemu rakan lamanya Dr. Aman. Sedang rancak berbual, tiba-tiba diganggu oleh seorang lelaki yang datang meminta nasihat daripada Dr. Aman mengenai penyakit yang dideritanya.

Selepas setengah jam berbincang, Dr. Aman kembali menemui Ahmad dengan muka masam mencuka.

Dr. Aman : Kalau kau kena macam aku, apa tindakan yang kau buat untuk menghentikan
orang meminta nasihat di luar waktu pejabat??
Ahmad : Aku beri apa yang mereka minta tapi lepas tu aku hantar bil.

Dr. Aman terkejut mendegar jawapan Ahmad tapi bersetuju untuk mencubanya. Dalam keadaan bersalah, Dr. Aman mengirimkan bil khidmat nasihatnya kepada lelaki yang meminta nasihatnya itu. Keesokanya seperti biasa sebelum memulakan tugas, Dr. Aman meneliti surat-surat di atas mejanya-dia menerima satu bil daripada Ahmad!!!

0 comments: