Tuesday, June 30, 2009

KEBODOHAN YANG SIA-SIA

UDIN dan Onie yang bodoh-bodoh alang, bercadang mencuri mangga didusun Pak Ali. Disebabkan tidak ada galah, mereka membaling mangga itu dengan batu tapi tidak mengena sasaran.

Udin : Buat penat saja kita baling tapi tak tahu buah tu masak ke tidak. Aku rasa elok kita periksa dulu
.
Onie : Apa kata kau panjat pokok tu dan picit-picit buahnya. Jadi taklah kita membazir tenaga membaling tak tentu arah.


Udin pun memanjat pokok mangga itu dan memicit buahnya satu persatu. Kemudian dia turun semula.

Udin : Eh!!betullah buah tu dah masak. Jadi bolehlah kita sambung membaling sampai ia gugur.

NASIHAT

AHMAD seorang peguam, bertemu rakan lamanya Dr. Aman. Sedang rancak berbual, tiba-tiba diganggu oleh seorang lelaki yang datang meminta nasihat daripada Dr. Aman mengenai penyakit yang dideritanya.

Selepas setengah jam berbincang, Dr. Aman kembali menemui Ahmad dengan muka masam mencuka.

Dr. Aman : Kalau kau kena macam aku, apa tindakan yang kau buat untuk menghentikan
orang meminta nasihat di luar waktu pejabat??
Ahmad : Aku beri apa yang mereka minta tapi lepas tu aku hantar bil.

Dr. Aman terkejut mendegar jawapan Ahmad tapi bersetuju untuk mencubanya. Dalam keadaan bersalah, Dr. Aman mengirimkan bil khidmat nasihatnya kepada lelaki yang meminta nasihatnya itu. Keesokanya seperti biasa sebelum memulakan tugas, Dr. Aman meneliti surat-surat di atas mejanya-dia menerima satu bil daripada Ahmad!!!

Monday, June 29, 2009

KALAULAH.......

"SEMUA MANUSIA MEMPUNYAI
WAJAH YANG SERUPA"
Kalau semua manusia mempunyai wajah yang serupa,
Tentu akan menimbulkan pelbagai masalah,
Mengenai pengenalan diri,
manataknya,semua serupa saja.

Kalaulah semua manusia mempunyai wajah yang serupa,
Kita tak tahu wajah siapa yang sebenarnya terpampang,
Di akhbar-akhbar atau majalah-majalah dan juga television.

Kalaulah semua manusia mempunyai wajah yang serupa,
Yang membezakan kita mungkin cuma warna kulit saja.

Kalaulah semua manusia mempunyai wajah yang serupa,
Kita mungkin akan teraniaya,mana tak nya kesalah org lain,
Kita pulak yang terpaksa dihukum..kan susah name tu.


Kalaulah semua manusia mempunyai wajah yang serupa,
Genti bakal2 pengantin tak kenal siapa suami,adik ipar,akak or abg ipar,
Mane satu bapak mertua,mak mertua n mcm2 agi,
Bukan masalah beso ke nama nya tu???

Kalaulah semua manusia mempunyai wajah yang serupa,
Tentu kita akan cepat bosan...asyik-asyik muke itu saja!!
Jadi kepada kawan-kawan semua,Saya nak pesan sangat2 nieh,
Bersyukurlah atas apa yang kita dapat tak kira sama ada,
Wajah kita nieh cantik/hensem ke tak cantik/hensem ke yang penting,
Kita bersyukur kerana kita mempunyai wajah yang lain dari yang lain,
BETUI TAK SEMUA!!!!!
PIKIR-PIKIRKAN LAH!!!